Disini bermula sebuah cerita...

Disini bermula sebuah cerita...

Sabtu, 16 April 2016

Menunaikan Janji... TEORI ADLER

Assalamualaikum semua...
Lama sunguh cikgu tidak menulis di blog..
Hari ni, ada semangat untuk cikgu sambung kongsi cerita cikgu buat semua...Kali ni cikgu nak tunai janji untuk berkongsi bagaimana teori Adler di gunakan atau berfungsi membantu kaunselor memahami klien dan membantu Klien mendapat celik akal terhadap gaya hidup yang lebih baik dalam menangani inferiority diri.

ceh-ceh-ceh. Tetiba rasa formal pulak.. macam menaip assigment.. cikgu cuba ceritakan penggunaan teori adler dalam sesi kaunseling. Satu  lagikan, cikgu melihat Teori Adler ni boleh di tambah nilai dengan teori atau terapi Islam (In Sya Allah dalam Proses Researh cikgu untuk PhD).


1. APA TEORI ADLER KATA TENTANG MANUSIA

Menurut Adler, psikologi individu adalah sains yang cuba memahami pengalaman dan tingkahlaku setiap individu sebagai satu entity. Beliau percaya tindakan manusia berpandukan kepada sikap terhadap kehidupan dan menekan aspek perbezaan individu.
           

Adler berpendapat untuk memahami tingkahlaku atau personaliti individu hanya akan berlaku jika matlamat individu tersebut difahami. Ini jelas bahawa pendapat ini bertentangan dengan Teori Freud yang berkaitan dengan desakan alam bawah sedar  mempunyai peranan menentukan personality seseorang. Adler merupakan seorang yang kuat azam telah menyarankan posisi teleologikal di mana tingkahlaku masa sekarang disebabkan matlamat pada masa depan. 
           
Pandangan Adler, manusia merupakan makhluk sosial yang didorong oleh keinginan untuk bergaul dan bermesra dengan orang lain. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengarah dirinya. Teori ini dapat melihat klien sebagai personaliti yang menyeluruh dan berkembang dan menekankan aspek-aspek yang ada dalam diri klien (individu) seperti nilainya, kepercayaannya, sikapnya, matlamatnya, minatnya, persepsi subjektifnya tentang sesuatu realiti serta usahanya kearah kesempurnaan kendiri. Adler juga berpendapat di dalam diri seseorang itu terdapat kendiri yang kreatif, iaitu kendiri yang merupakan suatu system yang amat subjektif dan tersendiri yang akan menafsir semua pengalaman sebagai sesuatu yang bermakna. Maka, akan lahirlah suatu gaya hidup yang tersendiri dan unik.


2. KLIEN YANG BAGAIMANA SESUAI DENGAN TEORI ADLER

Berdasarkan konsep utama teori personaliti psikologi individu oleh Alfred Adler, cikgu dapati klien yang sesuai dengan teori adler adalah yang berhadapan dengan rasa rendah diri disebabkan faktor idea yang ada pada klien tentang pandangan persekitarannya (ahli keluarga / masyarakat / kawan-kawan / siapa sahaja). Ini boleh dilihat sebagai inferioriority (key dalam teori adler) dan ini menjadi punca masalah klien tersebut.


3. PROSES KAUNSELING BERASASKAN TEORI ADLER

Proses kaunseling dilaksanakan berasaskan empat matlamat yang ingin dicapai melalui sesi kaunseling (TEORI Adller ) dan Model yang sesuai digunakan ialah model  The Helping Process : Phases of Helping by Carkhuff. Bagi cikgu model ini sangat sesuai sebab stepnya jelas untuk klien celik akal terhadap gaya hidup tidak sihat kepada perubahan gaya hidup sihat (matlamat utama teori adler dari inferiority kepada superiority)

Proses
Teori Adler
Model Carkhuff
Perhubungan yang empati antara kaunselor dan klien
FASA 1
PRE STAGE
Membantu klien memahami kepercayaan, perasaaan, motif dan matlamatnya yang telah menentukan gaya hidupnya.
FASA 2
STAGE I
Membuat penerokaan yang membantu klien mencapai celik akal
FASA 3
STAGE II
Setelah klien sedar matlamatnya yang tidak tepat, tingkahlaku tidak sesuai, gaya hidup tidak sihat. Kaunselor bantu klien fikir alternatif untuk klien ubah tingkahlakunya dan membentuk gaya hidup sihat. Tingkahlaku ini dilaksanakan dan nilai sehingga terhasil matlamat dan gaya hidup yang wajar.
FASA 4
STAGE III



 Sebenarnya banyak perkara yang perlu kaunselor teroka semasa proses kaunseling sehingga klien benar-benar dapat memahami tingkahlaku yang salah @ kepercayaan dan matlamat hidup yang salah menyebabkan gaya hidup tidak sihat terjadi. seperti pada awal cikgu cerita, Adler kata manusia mengarah hidupnya kepada superiority jadi bila berlaku inferiority (rendah diri)

 
4. RUMUSAN CIKGU TENTANG TEORI ADLER

Dalam mencapai Superiority (kesempurnaan kendiri)  bagi individu dirinya perlu diterima oleh sekelilingnya atau sesiapa yang klien fokus yang menggugat status diri dan individu akan berusaha mencapainya (inferiority berlaku). Maka individu itu akan melahirkan tingkahlaku untuk mencapai matlamatnya ( wujud motivation). Individu mula mengalami tekanan sekiranya motivasi yang wujud akibat dari rasa inferior tidak langsung melenyapkan rasa rendah diri tetapi tekanan menjadi semakin bertambah. Tekanan yang bertambah menyebabkan individu mencari tenaga untuk mendorong diri mencapai superiority, ini dikenali sebagai striving.

                   Semasa proses striving, individu selalunya akan membuat fictional finalism untuk menjadi orang yang dipandang tinggi dalam dalam usaha mencapai matlamat (diterima keluarga dan masyarakat) iaitu dengan mencari potensi dirinya yang dapat ditonjolkan. Ini menunjukkan individu itu menjurus kepada Konsep Pampasan dalam teori Adler. Proses seterusnya lebih kepada konsep (The Creative Power of the Self) atau kendiri kreatif dimana individu akan mencari tingkahlaku dan melaksanakan matlamat baru untuk mencapai superiority. Proses ini juga membantu klien bukan hanya mencapai matlamatnya tetapi matlamat komuniti sekitarnya. Ini juga mencakupi konsep social interest individu tersebut. Menurut Adler individu tidak hanya bertindak untuk dirinya tetapi berinteraksi dan memberi sumbangan dalam masyarakat.

Konsep cara hidup (The Style of Life) menurut Adler adalah perancangan hidup yang dibuat individu dalam mencapai matlamatnya seterusnya mencapai superiority. Perancangan hidup ini terdapat dalam berbagai bentuk. Ia melibatkan gaya asuhan ibu bapa dan hubungan dalam keluarga (susunan kelahiran). 

selalunya yang menjadi bermasalah apabila individu memotivasikan diri melalui proses striving untuk capai apa yang di mahu (konsep pampasan) berlaku kesilapan atau mengarah kepada perkara negatif. Wujudlah kendiri kreatif (The Creative Power of the Selfyang negatif seterusnya gaya hidup  (The Style of Life tidak sihat terjadi.

* CIKGU NAK TANYA, FAHAM TAK? HE HE... siapa-siapa yang baca dan faham, In Sya Allah cikgu rasa dia sendiri boleh menerap konsep ni dalam diri bila-bila rasa inferiority. 

Jangan malulah atau tak nak mengaku... banyak sebab individu nak rasa inferiority contoh kawan-kawan dapat  keputusan 3.00 ke atas kita nak dapat 2.7 pun susah. kawan-kawan dah kahwin kita tak kahwin lagi, yang dah kahwin lambat dapat zuriat.. yang bercerai, ibu tunggal, 

Tak apa, entry akan datang cikgu cuba buat gambaran bagaimana adler melihat individu... In Sya Allah dan cuba terapkan terapi Islam dalam proses kaunseling.