Waktu hembusnya nafas ayah yg terakhir... Mak tidak mahu berganjak dari sisi katil ayah.. walau atas arahan doktor.. Kami Adik beradik berada di luar tirai yg mengelilingi katil ayah.
Sejak Asar semalam ayah tidak sedarkan diri hanya bergantung dengan mesin bantuan pernafasan.. Kami sekeluarga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan.. Namun, hati ku runsing tentang mak jika takdirnya ayah pergi meninggalkan Kami..
...
Aku seperti hilang arah, ku paut bahu suami dengan esak tangis.. tatkala mak keluar dari dalam tirai dan memberitahu Kami ayah Dah tak Ada.. Mak memanggil namaku.. "along." Aku menoleh "Along, Awak lah kekuatan mak, kalau Awak menangis, Awak tak kuat macamana dengan mak?" Aku terus memeluk mak.. dan aku bisikkan ke telinga mak, "Mak mesti kuat, along akan sentiasa berada di belakang mak."
...
Mak dan ayah ibarat pasangan dua sejoli yang tak dapat dipisahkan.. romantik dari muda hingga dah bercucu... di mana ayah Ada, pasti mak ayah bawa.. Saling mencintai, menghormati dan melengkapi.
...
Sahabat handai dan sanak saudara yang datang menziarahi ayah untuk memberi penghormatan kali terakhir tidak lepas bertanya tentang emak.. pasti mereka juga seperti aku yang risau keadaan mak menghadapi saat kehilangan ayah.
Mak bukan wanita bekerjaya, segalanya bergantung dengan ayah, makan minum, pakai dan belanja semuanya... ke pasar pun ayah yang urus walau emak dipimpin bersama.. 'A' kata ayah.. 'A' lah Mak.
Namun ternyata Mak mampu menguruskan keperluan ayah walau di saat kehilangannya.
...
Satu perkara yang aku belajar dari kisah ayah dan mak.. mengutamakan Allah dalam kehidupan mereka.. sehingga Mak mampu mendapat kekuatan menghadapi saat kehilangan ayah.. sedikit pun mak tak melatah. Itulah dinamakan Redha dengan ketentuan Allah. Semua orang kagum dengan mak.
Dari saat kehilangan ayah hingga hari ini, mak lebih banyak solat, yang sunat dijadikan amalan, panjang zikirnya, tak lupa sedekah untuk ayah.. Mak menampung rasa kehilangan dengan amalan yang mampu mendekatkan Mak dengan Allah sekali gus mengukuhkan perasaannya terhadap ayah..
Aku sentiasa menjadi pendengar setia mak meluah rasa... sememangnya aku perlu.. kerana janji ku untuk menjadi yang sentiasa berapa dibelakangnya...
Kalau dulu mak lah yang sentiasa bersama ku saat gembira, saat berduka dari kecil hingga dewasa. Kini tiba giliran aku pula...
Mampukah aku menghadapi saat kehilangan...
Kuala Rompin
Fairuzah Sari
0192787276
#MamadilRompin
ID M600144