Masih ku ingat satu waktu, kedengaran bisikan ayah pada ibu tentang dompetnya yg hanya Ada 5 Sen. Serba salah menerpa ke dadaku sambil memegang buku2 sekolah yg baru diberi ayah.
Seminggu lamanya aku merajuk kerana tidak dibelikan buku2 sekolah. Makan tak lalu, main pun aku tak mahu. Di sekolah cikgu asyik bertanya, "Bila ayah awak nak beli buku?"...
Aku jumpa ayah dengan linangan air mata mohon maaf sebab menyusahkan dia. Tapi jawab ayah, "Itu tanggungjawab ayah, tiada harta dan wang ringgit yg dapat ayah tinggalkan pada anak2 ayah. Tapi satu je yg ayah boleh bagi, iaitu ilmu. Hantar anak2 ayah sekolah, belajar. In Sya Allah dengan ilmu, anak2 ayah akan dapat hidup dengan mulia didunia dan akhirat".
Kata2 ayah sentiasa terpahat dlm ruang ingatanku walau kini susah 7 tahun ayah pergi buat selama-lamanya...
Ya Allah Ya Tuhanku ampuni
lah ayah, Rahmatilah ayah, Maafkanlah ayah, Muliakanlah kematiannya, Lapangkanlah kuburnya, Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada Kami ahli keluarganya, Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman..amin.
RINDU AYAH.. 12 Mac 2009
KualaRompin
Fairuzah Sari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan