Disini bermula sebuah cerita...

Disini bermula sebuah cerita...

Ahad, 24 Disember 2017

BAHAGIA ITU REZEKI MILIK ALLAH. NAK?

Assalamualaikum,
Lama dah rasanya akak tak jengok blog. 

Ada lagi ke yg nak Baca Tulisan akak ye.
So untuk sekian kalinya akak nak kongsi sesuatu dengan semua macamana nak jadi orang yang SELALU bahagia.

Nak bahagia? Mesti NAK.
Selalu orang kaitan bahagia dengan apa yang dia miliki atau dapat atau ada. Yang di panggil REZEKI.

Rezeki tu banyak ke, besar ke, kaya, miskin, macam2 lagi.
Pernah tak kita tanya;
Dimana rezeki kita sebenarnya?

"Rezeki itu kan diberi Allah,"

Ye memang rezeki itu milik Allah, tapi di mana?

Zirafah, rezekinya di hujung pohon.
Ikan, rezekinya ada pada terumbu karang.
Monyet, rezekinya pada pokok buah2an.

Lalu, manusia rezekinya di mana? Cer fikir.

Kalau kita sendiri tak pasti rezeki kita dimana, macam mana kita nak cari rezeki??

Nak tahu Jawapannya..

Rezeki kita pada memuliakan dan membahagiakan orang lain.

Kadangkala, kita sibuk kesana sini mencari rezeki, namun lupa untuk memuliakan dan membahagiakan orang sekeliling kita.

Muliakan dan bahagiakan orang lain, insyaAllah dilimpahkan rezeki yang banyak halal lagi berkat.

Antaranya yang Boleh memuliakan Dan membahagiankan org lain.
1. Sedekah & Amal  jariah
2. Menyampaikan ilmu.