Disini bermula sebuah cerita...

Disini bermula sebuah cerita...

Jumaat, 18 Ogos 2017

TIPS BANTU ANAK SELSEMA DAN BATUK

Bertemu lagi dalam episod
TIPS LARUT MALAM  bersama Kak Aiza..

Hi u oll's. Siapa dah tidur tu?
Kesian ada yang tak lena tidur sebab anak selsema dan batuk.

U oll's kesayangan akak, jangan sampai kurang tidur dan rehat. Nanti Miss J singgah kat kulit muka.
So malam ni kak nak kongsi TIPS untuk bantu anak yg selsema dan batuk ni.

Mula2 U oll's bakar satu labu bawang putih dengan kulitnya sekali dan tambah minyak masak/ zaitun (mana2 yg ada) enyekkan bawang putih yg dibakar tadi dalam minyak dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya. BAWANG PUTIH  memang sangat terkenal dengan khasiatnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Lepas tu u oll's ambil KUNYIT HIDUP (antibiotik semulajadi). Tumbuk kunyit dan sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

ANAK LENA , IBU LEGA AYAH BAHAGIA.

Harap TIPS ni dapat membantu u oll's kesayangan akak.

KEEP IN TOUCH WITH  KAK AIZA

#mamadilrompin
#mamadil
☎0192787276



Selasa, 15 Ogos 2017

TIPS LARUT MALAM


U oll's nak tak tips larut malam? Opps jgn fikir ke lain.
Tips nak cepat kecutkan jerawat.
1. Sebelum tidur ni cuci muka bersih2,
2. Biarkan air bilas yg ada di muka kering sendiri. Jgn lap dgn tuala.
3. Sapukan serum atau krim malam nipis sahaja.
4. Akhir sekali sapukan magic lipsbalm atas jerawat. Jangan lama2 sapu pErlahan je.
Apa lagi? CUBALAH.
KEEP IN TOUCH WITH KAK AIZA

INGAT MENGINGAT

Nasihat oh nasihat
U oll's pernah dengar kata2 org 'sebelah'; "buat setakat yang mampu; jangan stress sangat." Sedangkan masa tu kita tengah pulun buat kerja (fokus hingga macam tak de hari esok).
Pastu apa u oll's buat? ðŸ˜‰
Terus letak pen kalau tengah menulis, terus tutup lappy kalau tengah menaip atau terus hembus nafas lega sambil pegang pipi?
ATAU
Balas dengan kata; "Jangan kacau, tgh fokus ni," atau "Aku nak siapkan cepat, banyak lagi nak buat ni," atau "Dah siap nanti baru aku cakap,".
Hakikatnya, kita adalah apa yang kita FIKIRKAN.
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Ok tu je akak nak kongsi hari ni.
Moral of the story; Buat sesuatu biar bersungguh hingga ke berjaya. Biar apa orang nak kata yang penting kita yakin apa yang kita usahakan.

KEEP IN TOUCH WITH KAK AIZA


MASIH ADA YANG JUJUR


Alkisahnya, Sepanjang perjalanan balik dari asrama along ptg tadi, angah sibuk mencari hpnya di dalam kereta.
Puas digeledah bawah dan celah celah tempat duduk. Memang cemas lah mukanya sbb hp tu hadiah dari ayah dan hanya dibenarkan guna pada waktu cuti dan jika terlibat dengan perlawanan bola.
Kesian dengan muka cemasnya, akak pun call hp angah nak pastikan dimana kedudukannya.
Ya Allah tak ada deringan pun dalam kereta. Bertambah cemaslah mukanya. Berbagai kemungkinan diluahkan.
Tiba tiba, ada suara orang menjawab panggilan. Ini bermakna mmg hp angah tiada dlm kereta tapi di mana?
Suara itu menjawab, "hp awak ada di shell". Terkejut akak. Rupanya hp angah tercicir dari kereta semasa dia keluar ke tandas shell.
Alhamdulillah. Kepada orang yang jumpa dan serahkan hp angah di shell (sebelah pasaraya pantai selamat) jalan pekan-kuantan TERIMA KASIH BANYAK2. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA TUAN.
Tu je la kisah ptg ini.