Disini bermula sebuah cerita...

Disini bermula sebuah cerita...

Selasa, 15 Ogos 2017

MASIH ADA YANG JUJUR


Alkisahnya, Sepanjang perjalanan balik dari asrama along ptg tadi, angah sibuk mencari hpnya di dalam kereta.
Puas digeledah bawah dan celah celah tempat duduk. Memang cemas lah mukanya sbb hp tu hadiah dari ayah dan hanya dibenarkan guna pada waktu cuti dan jika terlibat dengan perlawanan bola.
Kesian dengan muka cemasnya, akak pun call hp angah nak pastikan dimana kedudukannya.
Ya Allah tak ada deringan pun dalam kereta. Bertambah cemaslah mukanya. Berbagai kemungkinan diluahkan.
Tiba tiba, ada suara orang menjawab panggilan. Ini bermakna mmg hp angah tiada dlm kereta tapi di mana?
Suara itu menjawab, "hp awak ada di shell". Terkejut akak. Rupanya hp angah tercicir dari kereta semasa dia keluar ke tandas shell.
Alhamdulillah. Kepada orang yang jumpa dan serahkan hp angah di shell (sebelah pasaraya pantai selamat) jalan pekan-kuantan TERIMA KASIH BANYAK2. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA TUAN.
Tu je la kisah ptg ini.

Tiada ulasan: