ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah,
Ya Allah dgn Rahman dan Rahim Mu.. Aku redha dgn ujian Mu. ALHAMDULILLAH, Ya
Allah Ya Muhaimin, sesungguhnya hanya perlindungan dari Mu menjadi pergantungan
ku.
Alhamdulillah,
Hari ini 1 Oktober 2015 genap 10 hari cikgu menjalani pembedahan membuang batu hempedu (termasuklah membuang hempedunya sekali).. Alhamdulillah ujian makmal yang dibuat ke atas sampel hempedu cikgu yang dibuang telah disahkan tiada sel kanser..
Alhamdulillah,
Ya Allah Ya Hadi, kesyukuran
ku panjatkan kpd Mu. Berikan petunjukMu kpd ku utk meneruskan kehidupan di muka
bumi ini dgn izin Mu. REDHALAH AKU HANYA PADA MU.
Alhamdulillah,
Terima kasih Ya Allah atas
adanya family dan sahabat yang sentiasa memberi dorongan dan doa buat diri ku.
YA Allah Ya Wadud, kurniakan kasih sayang Mu yang berpanjangan
buat mereka.
ALHAMDULILLAH... YA ALLAH. Ya Bassit, Ya
Qawwiy Ya Matin, Berikan aku kesejahteraan yang berpanjangan dan kesembuhan
seperti sediakala.
AAMIIN
Seperti yang cikgu tulis dalam cerita sebelum ini, kali ini cerita yang akan cikgu kongsikan adalah kesan penyakit batu hempedu @ gallbladder stones. Inilah antara sebab cikgu bersetuju untuk menjalani pembedahan. Cikgu sangat berharap informasi dari perkongsian dalam blog ini dapat membantu ramai orang untuk menyedari penyakit ini lebih awal..
"GALLBLADDER STONES IS A SILENT KILLER"
Selamat membaca ye....
PUNDI hempedu merupakan organ badan yang
terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah
bahagian kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga
diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak.
Meskipun bahagian ini jarang diberi
perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan
kemudaratan yang cukup berbahaya. Menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari
Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Hairol
Othman, kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah
terasa sehingga ke tulang belikat.Gejala yang sering dihadapi adalah radang
pada pundi hempedu berkenaan. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi
hempedu pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan
menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.
Terdapat dua faktor utama terjadinya batu
dalam pundi hempedu iaitu kolesterol dan kalsium bilirubinate yang tinggi dalam
badan.
“Batu hempedu terbentuk apabila kolesterol
dan garam hempedu menjadi tepu. Ia akan membentuk kristal dan lama-kelamaan
akan membesar lalu menjadi batu,” ujarnya.
Kesakitan yang dialami oleh pesakit biasanya
disebabkan batu tersebut bergesel pada dinding pundi hempedu. Seringkali
terjadi apabila seseorang itu mengambil makanan berlemak, pundi hempedu akan
mengecut untuk merembeskan jus hempedu ke dalam usus untuk ‘meleburkan’ lemak
tersebut.
Jika batu hempedu tersekat di pangkal pundi
hempedu, ini membolehkan berlakunya radang pundi hempedu. Lebih parah jika
serpihan batu hempedu tersumbat pada saluran hempedu yang menyambungkan pundi
tersebut pada usus. Ia seterusnya akan menyebabkan jaundis.
Mengikut statistik, 15 hingga 20 peratus
daripada populasi masyarakat akan mendapat masalah batu hempedu terutama di
negara Barat. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan
parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.
Bagi
mereka yang sering rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut
setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian, apatah lagi jika
berlarutan dalam tempoh lama.
Malah,
mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik, tetapi jangan
terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam
pundi hempedu badan. Tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu
seakan-akan sama dengan gastrik.
Pesakit
berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin,
kembung perut dan muntah. Ramai yang mengabaikan gejala berkenaan sehingga
akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi mampu ditanggung badan. Ketika ini
mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membuang organ berkenaan bagi
mengelakkan ia berulang.
Seseorang
individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala
tertentu. Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam
hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.
Ia
berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan membentuk
partikel keras yang kemudian menjadi batu karang. Batuan terbabit akan terus
berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya sekiranya ia tidak dikesan
lebih awal bagi mengurangkan masalah terbabit..
Apabila
pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol
menjadi semakin kurang efektif. Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol
memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit
kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati,
masalah buah pinggang dan usus.
Jika
satu ketika dulu individu yang mengalaminya berusia 40 tahun ke atas, tetapi
kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan menghidapnya. Keadaan
ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan
diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan
segera.
Antara
penyebab berlakunya masalah ini adalah cara hidup moden yang serba mudah,
kurangnya aktiviti fizikal serta makanan mengandungi banyak kolesterol, lemak,
bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan,
kosmetik mengandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.
Penyakit
berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:
1. Kolik
hempedu
Ia
berlaku disebabkan satu daripada batu karang yang terhasil tersangkut di tengah
pundi hempedu selepas makan membuatkan individu terbabit mengalami kekejangan.
Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati dan membawa ke bahagian
belakang. Jika kolik hempedu berlaku dalam masa singkat serta menyebabkan
kekejangan dan jangkitan, ia akan menjadi radang (acute Cholecystitis).
2. Kronik
Cholecyctitis
Keradangan
kelenjar pankreas.
3. Antara lain kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu
1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian
Cikgu yakin pilihan cikgu untuk menjalani pembedahan adalah keputusan terbaik. Alhamdulillah.
2 ulasan:
Salam Puan,
Thanks sgt for this notes. Saya br je jalankan laparoscopic 2 days ago. Buang gallstone sebesar 2.3cm dgn hempedu skali sbb dh bengkak and caused infection.
Notes ni banyak membantuk saya faham penyakit ni. Bezanya, saya x penah rasa sakit sebelum2 ni. Last 4 days tu tiba2 sakit tu dtg. Mmg ingat gastric. Sampailah saya muntah keluar mcm minyak, ayah saya ckp tu relate to hempedu. Bkn gastric. Hr tu jugak sy rush to hospital n br tau saya ada bt hempedu all this while. Based on this notes cikgu, rupanya sangat bahaya. Dan saya br rasa lega dgn keputusan saya remove gallblader saya skali.
TERIMA KASIH KEMBALI, BAGAIMANA KESIHATAN SIS FADIA AYESHA SEKARANG
Catat Ulasan