Disini bermula sebuah cerita...

Disini bermula sebuah cerita...

Selasa, 29 September 2015

BATU HEMPEDU @ GALLBLADDER STONES

Assalamualaikum W.B.T

Lama rasanya jari jemari tidak bermain di keyboard untuk kongsi cerita di blog ini..Cikgu tak tahu nak mula cerita daripada mana. Kesan  pembedahan masih terasa ngilu.

Alhamdulillah dilakukan secara Laparoskopik. Cikgu tak pernah cerita sebelum ini, sebenarnya cikgu ni memang selalu sangat sakit perut, angin sejak zaman cikgu sekolah menengah. Ada juga rasa macam perut kembung. Bila jumpa doktor,selalu dapat ubat angin dan gastrik ( ubat putih yang rasa ubat gigi tu). 

Fakta - fakta kesihatan berkaitan penyakit batu hempedu yang cikgu tambah adalah diperolehi dari petikan Laman Kesihatan di internet. Sumber Maklumat adalah daripada Dr. Abd Hamid Mat Sain (Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan)


PERMULAAN SAKIT PADA TAHUN 2012

Sejarah cikgu rasa sakit 'Gallbladder Stone' ni bermula pada tahun 2012 sebenarnya. Tapi cikgu tak tahu simptom penyakit ni... Nama Penyakit pun macam tak ambil tahu. Masa tu cikgu Mengandungkan anak yang ke-5 Nurul Iffah. Sekarang Iffah dah 3 tahun. Kalau nak diceritakan sakit 'perut kembung' masa tu macam perut terik - tegang hingga nak bernafas pun susah. Sakitttt sangat. Satu satu malam lamanya. Selepas sapu minyak angin ANUGERAH baru reda sedikit sakitnya. Mulalah perut cikgu makin kembung dan banyak angin. Pinggang pun rasa sakit tidak gagah macam dulu-dulu. dalam fikiran badan banyak angin sebab anak pun dah ramai.

Kali ke dua serangan teruk berlaku lagi masa tu kandungan cikgu dah agak besar masa tu raya puasa (aidil fitri). Kecoh la family mertua, ingat cikgu salah makan atau banyak minum air batu. Tapi kali ni sakit lama sikit... satu hari satu malam. Siap muntah-muntah lagi. Tuam air panas la.. Minum air suam semua tak jalan... sampai cikgu menyerah suruh hantar hospital. Tapi ye la kan semua orang pun tak ada pengalaman sakit ni... tidak terjangkau oleh fikiran itu adalah simptom penyakit batu hempedu. ialah nama penyakit pun tidak ada dalam kamus ingatan cikgu. Akhirnya keesokan pagi sakit semakin reda. Di pendekkan cerita habis cerita sakit perut kembung tahun 2012. 

Dalam masa yang sama cikgu sangat tidak selesa dengan keadaan diri cikgu... Bila masuk makanan je, terus perut kembung, rasa senak semacam. angin banyak asyik sendawa.. tapi perut tidak juga lega. Satu hari terlintas untuk jumpa doktor bila dah tak tahan asyik senak perut aje hingga ke dada anginnya.. macam-macam jenis penyakit cikgu bayangkan.



MAC - JULAI 2015

Kisah cikgu di kenalpasti menghidap gallbladder stone bermula ...

Lepas minum pagi pukul 10, cikgu rasa senak kat dada.. mencucuk pun ada.. ulu hati panas.. abdomen rasa tak selesa. Bila teringat cikgu-cikgu yang meninggal di sekolah kerana sakit jantung.. fikiran mula cemas. 

Cikgu minta izin daripada pentadbir untuk ke Klinik Feisal di Bandar Rompin untuk check-up (klinik yang paling popular di Rompin dan memiliki kelengkapan perubatan yang baik). Cikgu minta diuji semua penyakit yang mungkin dengan keadaan cikgu yang tidak selesa. Alhamdulillah pemeriksaan doktor mengesahkan cikgu tiada penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Melalui cerita cikgu tentang sakit sejak tahun 2012, doktor minta cikgu untuk di scan. Ujian ultrasound pun dilakukan... dan jawapannya... jeng-jeng-jeng doktor kata dia nampak banyak batu dalam pundi hempedu. Itulah Gallbladder stone..@ Batu Hempedu. Dr. Rusilah mencadangkan cikgu berjumpa pakar di HTAA untuk rawatan lanjut. 

Diringkaskan cerita...

Proses rawatan pun bermula dari hari ke minggu ke bulan berulang alik Rompin  ke Kuantan.. (4 bulan lamanya).. barulah pakar confirm dan buat appointment pembedahan yang dijadualkan dalam 3 bulan kemudian ( 8 September 2015). Itu adalah tarikh yang paling awal booking. Tetapi selepas seminggu baru cikgu sedar yang tarikh pembedahan adalah tarikh along anak cikgu periksa UPSR. Cikgu cadang nak buat penangguhan... namun bila teringatkan kaedah rawatan yang panjang dan prosedur endosckopic (masuk kamera) masih menjadi trauma. Apa tidaknya... sakit, 2 hari lepas rawatan masih susah nak menelan. Maka cikgu mengambil keputusan untuk buat pembedahan di KPJ Kuantan - cadangan Dr. Rusilah di Klinik Feisal (dalam appointment semula untuk consult). 


Ini adalah gambar rajah  contoh yang menunjukkan kedudukan gallbladder dan gallstones dalam tubuh seseorang yang menghidapi penyakit Gallbladder stone 

24 OGOS 2015

Pertemuan pertama dengan Dato' Dr Ngun emmm.. doktor yang cool... meyakinkan. atas cadangan DR Rusilah ( Klinik Faisal Kuala Rompin) Dr Ngun scan... (masa tu cikgu 'puasa') dr tanya lagi... awak puasa tak? masa tu dia tak cakap apa2 cuma nampak ada la batu hempedu tu dan cikgu di hantar ke pakar scan.. Dr perempuan, ala tak ingat pulak namanya. 

Bila tanya doktor semasa scan, kenapa rasa sakit? rupanya itu geseran batu dengan dinding hempedu - selepas 3 tahun baru tahu.. Dr pakar tu kata batu sudah memenuhi 2/3 pundi hempedu sehingga puasa pun pundi hempedu tidak kembang.. faham-faham je la... kurang berfungsi dah hempedu cikgu.. Nak tahu fungsi Hempedu...Baca di info Bawah

Appoinment pembedahan dibuat... yang penting selepas along periksa UPSR. So tarikh pembedahan pada 21 September 2015. Hari Isnin



21 SEPTEMBER 2015

Pengalaman pertama menjalani pembedahan... Sedih ada cemas pun ada... Macamana semasa pembedahan... Macamana keadaan cikgu nanti selepas hempedu dibuang Persoalan yang silih berganti.. Sebelum Hari Pembedahan Cikgu sempat beberapa kali menelefon emak cikgu.. Minta ampun, doanya dan redhanya. Kepada semua kawan-kawan cikgu mohon ampun dan maaf, bayar hutang yang ada. Sudah tentu sebelum masuk dewan bedah... Mohon Ampun dan redha Suami.

Pembedahan Laparoskopik akan di jalankan ke atas perut cikgu: Macam gambar kat bawah ni... Tu bukan gambar cikgu... gambar tu cikgu ambik dari internet.. tapi macam tu la prosedur pembedahannya..


Macam ni lah lebih kurang pembedahan yang dibuat ke atas cikgu..

Ini gambar jarak dekat, emmm... ngilu pula rasa perut cikgu bila tengok gambar ni... Tapi semasa pembedahan laparoskopik cikgu dibius penuh... ditidurkan...

Lebih kurang 2 1/2 jam pembedahan dijalankan dari 9.30 pagi hingga 12.00 tgh, akhinya cikgu dikejutkan oleh suara-suara nurse yang memanggil nama cikgu berulang kali. Mata dan mulut memang tak boleh buka, tapi cikgu boleh angguk kepala respon kat panggilan nurse. Lepas tu, terus tak sedar semula sehingga ke petang dalam pukul 3.30 ptg. Bila cikgu sedar, suami cikgu setia menunggu. Masa tu cikgu cuma boleh buka mata tapi tak boleh bercakap mulut cuba juga nak panggil suami tapi suara tak keluar. Luka di perut memang terasa sakit. Doktor memang suruh cikgu  teruskan puasa sehingga malam dan hanya boleh minum sikt sahaja hingga esok. Selepas Suami bantu cikgu solat Jamak Zuhur dan Asar, Suami cikgu terpaksa balik sebab anak2 cikgu yang kecil-kecil masih perlu perhatian. Alhamdulillah katil sebelah dah ada penghuni maka adalah teman cikgu malam tu. Syukur tak terhingga kerana Diana (Kakak Nadia - pesakit sebelah katil) berpengalaman kerana pernah menjalani 7 pembedahan major akibat kemalangan. Dia banyak membantu cikgu untuk bangun ke tandas dan mengambil wudhuk untuk solat. Diana banyak membantu cikgu kurangkan risau tentang sakit dan keadaan yang tidak selesa melalui pengalamannya. Terima Kasih Diana.


Cikgu Baru Balik Dari Bilik Bedah- belum sedar lagi

Inilah 9 biji batu yang di keluarkan bersama hempedu Cikgu... saiznya besar sikit dari lada hitam ada yang sama betul macam lada hitam


27 SEPTEMBER 2015

Alhamdulillah, sudah 7 hari pembedahan dijalankan. Keadaan cikgu beransur pulih seperti sediakala cuma masih makan bubur nasi. Cikgu ada cuba makan nasi... Perut cikgu jadi tidak selesa... Cikgu juga  perlu menghabiskan antibiotik dan doktor ada membekalkan Fybogel (sejenis Fiber) sangat membantu dalam penghadaman. Masa 3 hari pertama cikgu tidak lawas buang air besar.. selepas mengambil fybogel, baru lega. Bila hari 5-7 pula cikgu mula kerap ke tandas selepas makan dan agak senak perut.. fybogel membantu mengurangkan keadaan tidak selesa itu... Alhamdulillah.

MACAMANA KALAU CIKGU TIDAK MENJALANI PEMBEDAHAN BUANG BATU HEMPEDU ??? APA AKAN TERJADI KEPADA CIKGU???


INSYA ALLAH cikgu akan sambung cerita dalam entri selepas ini... Apakah penyakit dan kesan dari Batu Hempedu jika tidak di buang...


Di bawah ni, cikgu bagi sikit maklumat simptom yang mungkin di alami oleh orang yang ada batu hempedu (gallbladder stone) untuk rujukan semua.

(TULISAN YANG BERWARNA MERAH ADALAH YANG CIKGU ALAMI)


SIMPTOM-SIMPTOM

1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

2. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. Selalunya rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, ia akan menular ke belakang atau bahu kanan. Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang itu mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu, ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.

3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Ada kalanya batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui kuktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil. Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

4. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, wana kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap dan demam panas dan sejuk, sila dapatkan rawatan kecemasan




FUNGSI HEMPEDU

Hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu

Biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi. Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal. Dalam keadaan ini, pundi hempedu mestilah dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang

SIMPTOM BATU DALAM HEMPEDU

Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan. Bagaimanapun, tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom tersebut


Ada 2 jenis kesakitan yang disebabkan oleh batu hempedu:

1. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak. 

2. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

1. Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki. 

2. Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat. 

3. Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekaligus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu. 

4. Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.


JENIS-JENIS BATU KARANG HEMPEDU


1. Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80% batu karang hempedu adalah batu kolesterol

2. Batu karang hempedu berpigmenBatu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan. 

3. Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku

Ok, semasa membaca pastikan yang cikgu buat tulisan merah tu la yang cikgu alami... Kepada sesiapa yang ada simptom dan jenis yang berisiko cepat-cepatlah jumpa doktor jangan tunggu sakit dah teruk. 



24 ulasan:

Unknown berkata...

Pengalaman yg tidak dpt dlupakan..semoga k aiza cpt sembuh spt biasa n kmbali btugas..jg diri..jg ksihatan k aiza

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

terima kasih nun... cuti sampai 10 oktober...

farhahrahman@gmail.com berkata...

saya nak bertanya kalau scan kat colombia asia anggaran brp rm ?

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

FARHAHRAHMAN.. MAAF LEWAT MEMBALAS.
SAYA SCAN DAN RAWATAN AWAL DI KPJ KUANTAN ANGGARAN KOS DALAM RM 1,300.

Tanpa Nama berkata...

baagaimana sekarang keadaan cikgu? ada pantang apa2 lagi x

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

oh, tanpa nama... Alhamdulillah saya sihat sekarang. pantang tu tak de la sangat cuma kurang makan yang berlemak dan minyak. makan juga cuma kurangkan.

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Boleh sy tahu kos pembedahan puan dan dilakukan di hospital mana? Sbb ibu mertua sy sdg sakit dan prosedur di hospital govt sgt lmbt (berniat utk buat pembedahan di hspital swasta). Terima kasih.

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

tanpa nama,
harap jawapan saya membantu,
Bila kita ke Hospital Swasta, Prosedure awal rawatan perlu dilaksankan semula... so cost dah mula di sini... pengalaman cikgu RM 1000. Cost Pembedahan termasuk warded dan sebagainya... RM 11000. Alhamdulillah 3 tahun sblm tu cikgu ada ambik insurans dan medical card. Sangat membantu. Tapi cost bergantung kepada kaedah pembedahan juga ye... tapi kalau pengalaman kawan cikgu yang buat open surgery dalam 12000 ke 13000. beza pula kalau kita bayar cash dangan kad kredit atau medical card ni...

semoga ibu mertua anda dapat menjalani rawatan dengan baik dan selamat.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

tanpa nama,
harap jawapan saya membantu,
Bila kita ke Hospital Swasta, Prosedure awal rawatan perlu dilaksankan semula... so cost dah mula di sini... pengalaman cikgu RM 1000. Cost Pembedahan termasuk warded dan sebagainya... RM 11000. Alhamdulillah 3 tahun sblm tu cikgu ada ambik insurans dan medical card. Sangat membantu. Tapi cost bergantung kepada kaedah pembedahan juga ye... tapi kalau pengalaman kawan cikgu yang buat open surgery dalam 12000 ke 13000. beza pula kalau kita bayar cash dangan kad kredit atau medical card ni...

semoga ibu mertua anda dapat menjalani rawatan dengan baik dan selamat.

Ucuita berkata...

Assalamualaikum, saya pun penghidap penyakit yg sama tapi masih belum dibuang pundi hempedunya. Saya jaga pemakanan tetapi kadang2 tersilap makan sakit itu akan datang. Bila sakit tu dtg,saya sukar bernafas dan peluh sejuk. Jika saya paksa muntah baru lega tapi diiringi pulak dgn badan2 yg seperti dicucuk2 kerana asid penuh dalam perut. Rakan saya baru saje buat pembedahan dan selepas pembedahan dia muntah2,angin penuh dala perut. Ini memyebabkan saya risau ttg kesan selepas dibuang hempedu. Betul ke jika kita makan contohnya kacang atau mee, yg akan keluar dari badan pun dalam bentuk yg asal? Berapa lama baru badan kita dapat sesuaikan diri tanpa hempedu?

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. sy mgalami skit mcm doc.. n skrg mjlani rawatan d hptal.. cma nk tnya.. slpas ckgu buang hmpedu 2.. ada kesan sampingan x? Dan boleh ke buat xtvt yg lasak slpas pembdahan pulih sepenuhnya?

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

Waalaikumussalam, Ucuita dan angah Fadli,
Alhamdulillah... sudah 9 bln saya menjalani pembedahan membuang hempedu, saya masih menjalani kehidupan seperti biasa...normal.
Sebagai perkongsian, mmg ada perbezaan org yang ada hempedu dengan tiada hempedu... cecair hempedu yang digunakan untuk penghadaman kolesterol dan lemak direct dari hati (jumlah sedikit dan cair) kerana tiada pundi hempedu utk menyimpan cecair hempedu. Maka sebab itu mudah kembung atau angin bila makan banyak, makan mknan berlemak sama je rasa angin2 masa hempedu belum dibuang (hempedu dah kurang berfungsi sbnrnya). kita juga perlu faham risiko jika batu karang hempedu tidak dibuang.. jika nak buang batu hempedu... pundi hempedu pun perlu dibuang.. salah satu sbb wujud batu hempedu kerana pundi hempedu tidak berfungsi dgn baik. ia juga boleh terjadi secara sebaliknya. Batu hempedu boleh sbbkan pundi tidak berfungsi dgn baik.

red berkata...

sy pun ada masalah sama..akan operate dalam masa terdekat ni..dh banyak kali ulang alik hospital..penat sangat. memang mudah angin bila ada batu hempedu ni..sakit pun xtaw nk cite cmne..hmm badan pun kadang2 seram sejuk je..harap lepas operation membantu laa..

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya juga berpengalaman membuang hempedu pada tahun 2010. Alhamdulillah, selepas 6 tahun berlalu...sekarang saya kalau lepas mkn (terutamanya makanan yang ada santan dan susu contohnya kari, masak lemak cili api, teh tarik..) akan terus nak buang air besar..memang tak boleh di tahan, macam orang kena cirit birit..
so klu nak jln ke mana2 kena jaga makan sahaja.. (espc kenduri orang kawin)
saya akan pastikan pertama sekali tandas mesti dekat..klu tak, makan yang ringan - ringan je la..
Saya teringat doktor Lim Eng Seng (KPJ Ayer Keroh, Melaka) pesan, selepas tiada hempedu kena jaga usus (sbb lemak dan minyak yang kita makan direct ke usus, kan dah x ada hempedu..)
..yg lain2 tiada masalah..
Hakikatnya sampai hari ni saya tak pernah cek usus..(sepatutnya kena sebab kita tak nampak apa yang berlaku di dalam badan kita sampailah kita sakit, baru nak pergi cek..betul kan!!)
Paling ketara yang saya nampak sekarang perut saya makin buncit...(lemak tepu bawah lapisan perut..agaknya lah..)
pangalaman ada, kesedaran ada, cuma masa je belum sempat lagi...(nak pergi cek usus)sibuk sangat kat tpt kerja, rumahtangga, urusan anak-anak mcm2 lg..
kepada yang senasib, ingatan saya cuma jagalah makan dan kesihatan, sebab kesihatan tidak dapat ditukar dengan wang ringgit..t.kasih

mohd afzal berkata...

salam cikgu...terima kasih kerana sudi berkongsi info...utk makluman saya juga mengalami simpton yg sama spt banyak angin dan ingatkan gastrik dan diberi ubat yg mcm rasa ubay gigi tu tapi bertahan semantara dan sakit datang semula..Akhirnya saya mengalah disebabkan tak tahan sakit yg teramat ke emengecy juga di hospital sg.petani. scan dan xray xdpt kesan akhirnya ultrasound menunjukkan adanya batu di saluran darah yg menghubungkan hempedu dan pankreas...saya di akhirnya discoop utk buang batu tersebut...namun doktor mengatakan masih ada batu lain di hempedu...memandangkan saya menetap di muadzam shah dan kebetulan kena sewaktu balik kg isteri di sg petani...doc membuat surat utk dirujuk.hspital htaa. setelah discharge hsptl sg petani,sehari.selepas itu saya berubat kampung di.pekan batu 5.sik setelah mendapat tahu bahawa mmg sudah ramai yg berjaya membuang hempedu dan tidak perlu menjalani pembedahan.apabila balik.ke Pahanh saya telaj ke kpj utk melakukan ultrasound semula dan.hasilnya Alhamdulilah doc wanita yg melakukan ultrasound tersebut menyatakan batu dlm hempedu.sudah tiada...cuma sekarang saya hanya.mengalami sakit2 sekejap di bahahian pankreas dan hempedu.kesan scoop yg dilakukan...kejadian baru berlaku pada bulan 12 baru ini dan saya perlu melakukan ujian darah utk memastikan tahap kesihatan saya..

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

RED, ALHAMDULILLAH SAYA BOLEH BEKERJA SEPERTI BIASA CUMA HARUS MENJAGA PEMAKANAN.

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

MOHD AFZAL, SAYA TIDAK MAHU MENANGGUNG RISIKO DAN SAYA RASA LEBIH SELESA SEKARANG SEBAB TIDAK RISAU DENGAN RADANG PANKREAS ATAU RADANG HATI YANG DI SEBABKAN OLEH SILENT KILLER INI. CUMA PERLU MENJAGA PEMAKANAN UNTUK MENJAGA USUS DAN HATI SUPAYA TIDAK BERLEMAK.

DALAM BLOG PUN SAYA DAH CERITA KAN TENANG KESAN NYA

Tanpa Nama berkata...

as salam cikgu, terima kasih dia atas penerangan & kongsi cerita tentang batu karang dalam hempedu, Selasa lepas 11/4/17 saya telah menjalani pembedahan batu karang dalam hempedu.. Alhamdulillah kesihatan semakin baik. cuma selepas makan saya masih ada rasa senak & angin banyak dalam badan.,boleh X kalu cikgu kongsikan cara pemakanan selepas baru saja menjalani pembedahan, adakah sentiasa mkn bubur nasi & sampai bila? sb hari ke-6 bila saya mkn nasi perut saya lagi segah.. jenis2 makanan macam mana yg perlu saya ambil.. terima kasih.

unkown berkata...

Assalamualaikum cikgu. Adakah penyakit ini boleh detect dengan membuat ujian darah?

admin berkata...

Assalamualaikum wbt. Berapa kos pembedahan membuang batu hempedu?

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

Waalaikumussalam suhaila
Kos pembedahan saya dlm 11K. Ok TQ

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

Setakat yang saya ke hospital dapat detect betul2 melalui scan dan endoscopic

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

Wasaalam
Ambil makanan seperti biasa cuma kurangka yang berminyak berlemak dan kolesterol tinggi.