Opp, sebelum terus menerus menulis izinkan saya membahasakan diri ini dengan panggilan cikgu.
Kenapa panggil 'cikgu'? Sebab apabila sekali jadi cikgu sampai bila-bila pun akan jadi cikgu. Tak percaya? Cuba kita renungkan, cikgu tadika kita yang dah 10 tahun tak jumpa, kita pangil dia siapa? cikgu kita yang pencen 10 tahun pun orang kampung panggil apa? Sampai tahap dah jadi arwah pun cikgu tetap dipanggil cikgu.. Betapa mulianya menjadi seorang cikgu @ guru.
Sudah lebih 16 tahun cikgu bertugas sebagai kaunselor pelajar @ guru bimbingan & kaunseling Sekolah Menengah... seperti biasa hari ini selepas siap email 'stacer study SPM 2013 & 2014' cikgu dijengah seorang pelajar lelaki. Sebenarnya, 2 / 3 minggu lalu cikgu cuba merapatkan diri dengan pelajar ni, ye lakan asyik dengar cerita yang sedih kadang kadang nakal (dari pihak lain) bagi cikgu mesti ada sebabnya.
Nak tahu, dalam masa cikgu cuba memahami watak dan sikapnya, dia beberapa kali telah melakukan kesalahan (bagi cikgu dia sengaja berperangai nakal). Mungkin cikgu asyik tegur dia dan senyum2 kambing pada dia, maka hari ini dia datang jenguk cikgu di bilik kaunseling.
Di ringkaskan cerita hari ini, dia datang bukan dengan tangan kosong tetapi singgahnya bermakna... dia hulurkan borang sijil BERHENTI SEKOLAH. Puas cikgu renung mukanya, dia tunduk. cikgu pun mulakan prosedur sesi kaunseling ........... hampir 1 jam.
Apa agaknya yang akan terjadi kepada pelajar ini ye??? Cikgu megharapkan pelajar ini dapat memikirkan potensi sebenar dan apa yang sepatutnya dia lakukan untuk mendapatkan kegembiraan dalam hidupnya.
Cikgu telah menggunakan pendekatan Psikologi Individu Alfred Adler.. (satu teori yang sangat cikgu suka).. Mungkin yang singgah membaca blog ni nak tahu bagaimana pendekatan 'Teori Adler' ini dapat membantu...
Tunggu ye... nanti cikgu ceritakan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan