Disini bermula sebuah cerita...

Disini bermula sebuah cerita...

Khamis, 1 Oktober 2015

KESAN BATU HEMPEDU./ GALLBLADDER STONES

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah, 
Ya Allah dgn Rahman dan Rahim Mu.. Aku redha dgn ujian Mu. ALHAMDULILLAH, Ya Allah Ya Muhaimin, sesungguhnya hanya perlindungan dari Mu menjadi pergantungan ku.

Alhamdulillah,
Hari ini 1 Oktober 2015 genap 10 hari cikgu menjalani pembedahan membuang batu hempedu (termasuklah membuang hempedunya sekali).. Alhamdulillah ujian makmal yang dibuat ke atas sampel hempedu cikgu yang dibuang telah disahkan tiada sel kanser.. 

Alhamdulillah, 
Ya Allah Ya Hadi, kesyukuran ku panjatkan kpd Mu. Berikan petunjukMu kpd ku utk meneruskan kehidupan di muka bumi ini dgn izin Mu. REDHALAH AKU HANYA PADA MU.

Alhamdulillah, 
Terima kasih Ya Allah atas adanya family dan sahabat yang sentiasa memberi dorongan dan doa buat diri ku. YA Allah Ya Wadud, kurniakan kasih sayang Mu yang berpanjangan buat mereka.

ALHAMDULILLAH... YA ALLAH. Ya Bassit, Ya Qawwiy Ya Matin, Berikan aku kesejahteraan yang berpanjangan dan kesembuhan seperti sediakala.
AAMIIN

Seperti yang cikgu tulis dalam cerita sebelum ini, kali ini cerita yang akan cikgu kongsikan adalah kesan penyakit batu hempedu @ gallbladder stones. Inilah antara sebab cikgu bersetuju untuk menjalani pembedahan. Cikgu sangat berharap informasi dari perkongsian dalam blog ini dapat membantu ramai orang untuk menyedari penyakit ini lebih awal.. 

 "GALLBLADDER STONES IS A SILENT KILLER"

Selamat membaca ye....

 PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak.

Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya. Menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Hairol Othman, kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah terasa sehingga ke tulang belikat.Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.
Terdapat dua faktor utama terjadinya batu dalam pundi hempedu iaitu kolesterol dan kalsium bilirubinate yang tinggi dalam badan.
“Batu hempedu terbentuk apabila kolesterol dan garam hempedu menjadi tepu. Ia akan membentuk kristal dan lama-kelamaan akan membesar lalu menjadi batu,” ujarnya.
Kesakitan yang dialami oleh pesakit biasanya disebabkan batu tersebut bergesel pada dinding pundi hempedu. Seringkali terjadi apabila seseorang itu mengambil makanan berlemak, pundi hempedu akan mengecut untuk merembeskan jus hempedu ke dalam usus untuk ‘meleburkan’ lemak tersebut.
Jika batu hempedu tersekat di pangkal pundi hempedu, ini membolehkan berlakunya radang pundi hempedu. Lebih parah jika serpihan batu hempedu tersumbat pada saluran hempedu yang menyambungkan pundi tersebut pada usus. Ia seterusnya akan menyebabkan jaundis.
Mengikut statistik, 15 hingga 20 peratus daripada populasi masyarakat akan mendapat masalah batu hempedu terutama di negara Barat. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Bagi mereka yang se­ring rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian, apatah lagi jika berlarutan dalam tempoh lama.

Malah, mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik, tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan. Tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.

Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin, kembung perut dan muntah. Ramai yang mengabaikan gejala berkenaan sehingga akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi mampu ditanggung badan. Ketika ini mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membuang organ berkenaan bagi mengelakkan ia berulang.

Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu. Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.

Ia berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan membentuk partikel keras yang kemudian menjadi batu karang. Batuan terbabit akan terus berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya sekiranya ia tidak dikesan lebih awal bagi me­ngurangkan masalah terbabit..

Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi semakin kurang efektif. Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus.

Jika satu ketika dulu individu yang mengalami­nya berusia 40 tahun ke atas, tetapi kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan menghidapnya. Keadaan ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan segera.

Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara ­hidup moden yang serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan me­ngandungi banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik me­ngandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.


Pe­nyakit berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:

1. Kolik hempedu

Ia berlaku disebabkan satu daripada batu karang yang terhasil tersangkut di tengah pundi hempedu selepas makan membuatkan individu terbabit mengalami kekejangan. Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati dan membawa ke bahagian belakang. Jika kolik hempedu berlaku dalam masa singkat serta menyebabkan kekejangan dan jangkitan, ia akan menjadi radang (acute Cholecystitis).

2. Kronik Cholecyctitis

Keradangan kelenjar pankreas.

3. Antara lain kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu
1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian
Gambar rajah ini menunjukkan kedudukan antara hati - pundi hempedu - pankreas dan kita boleh membayangkan komplikasi yang mungkin berlaku jika batu hempedu terkeluar dari hempedu dan tersangkut di duktus / saluran 
Cikgu yakin pilihan cikgu untuk menjalani pembedahan adalah keputusan terbaik. Alhamdulillah. 

2 ulasan:

monalisacrv berkata...

Salam Puan,

Thanks sgt for this notes. Saya br je jalankan laparoscopic 2 days ago. Buang gallstone sebesar 2.3cm dgn hempedu skali sbb dh bengkak and caused infection.

Notes ni banyak membantuk saya faham penyakit ni. Bezanya, saya x penah rasa sakit sebelum2 ni. Last 4 days tu tiba2 sakit tu dtg. Mmg ingat gastric. Sampailah saya muntah keluar mcm minyak, ayah saya ckp tu relate to hempedu. Bkn gastric. Hr tu jugak sy rush to hospital n br tau saya ada bt hempedu all this while. Based on this notes cikgu, rupanya sangat bahaya. Dan saya br rasa lega dgn keputusan saya remove gallblader saya skali.

nuraizakamal.blogspot.com berkata...

TERIMA KASIH KEMBALI, BAGAIMANA KESIHATAN SIS FADIA AYESHA SEKARANG