Assalamualaikum W.B.T
Lama rasanya jari jemari tidak bermain di keyboard untuk kongsi cerita di blog ini..Cikgu tak tahu nak mula cerita daripada mana. Kesan pembedahan masih terasa ngilu.
Alhamdulillah dilakukan secara Laparoskopik. Cikgu tak pernah cerita sebelum ini, sebenarnya cikgu ni memang selalu sangat sakit perut, angin sejak zaman cikgu sekolah menengah. Ada juga rasa macam perut kembung. Bila jumpa doktor,selalu dapat ubat angin dan gastrik ( ubat putih yang rasa ubat gigi tu).
Fakta - fakta kesihatan berkaitan penyakit batu hempedu yang cikgu tambah adalah diperolehi dari petikan Laman Kesihatan di internet. Sumber Maklumat adalah daripada Dr. Abd Hamid Mat Sain (Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan)
PERMULAAN SAKIT PADA TAHUN 2012
Sejarah cikgu rasa sakit 'Gallbladder Stone' ni bermula pada tahun 2012 sebenarnya. Tapi cikgu tak tahu simptom penyakit ni... Nama Penyakit pun macam tak ambil tahu. Masa tu cikgu Mengandungkan anak yang ke-5 Nurul Iffah. Sekarang Iffah dah 3 tahun. Kalau nak diceritakan sakit 'perut kembung' masa tu macam perut terik - tegang hingga nak bernafas pun susah. Sakitttt sangat. Satu satu malam lamanya. Selepas sapu minyak angin ANUGERAH baru reda sedikit sakitnya. Mulalah perut cikgu makin kembung dan banyak angin. Pinggang pun rasa sakit tidak gagah macam dulu-dulu. dalam fikiran badan banyak angin sebab anak pun dah ramai.
Kali ke dua serangan teruk berlaku lagi masa tu kandungan cikgu dah agak besar masa tu raya puasa (aidil fitri). Kecoh la family mertua, ingat cikgu salah makan atau banyak minum air batu. Tapi kali ni sakit lama sikit... satu hari satu malam. Siap muntah-muntah lagi. Tuam air panas la.. Minum air suam semua tak jalan... sampai cikgu menyerah suruh hantar hospital. Tapi ye la kan semua orang pun tak ada pengalaman sakit ni... tidak terjangkau oleh fikiran itu adalah simptom penyakit batu hempedu. ialah nama penyakit pun tidak ada dalam kamus ingatan cikgu. Akhirnya keesokan pagi sakit semakin reda. Di pendekkan cerita habis cerita sakit perut kembung tahun 2012.
Dalam masa yang sama cikgu sangat tidak selesa dengan keadaan diri cikgu... Bila masuk makanan je, terus perut kembung, rasa senak semacam. angin banyak asyik sendawa.. tapi perut tidak juga lega. Satu hari terlintas untuk jumpa doktor bila dah tak tahan asyik senak perut aje hingga ke dada anginnya.. macam-macam jenis penyakit cikgu bayangkan.
MAC - JULAI 2015
Kisah cikgu di kenalpasti menghidap gallbladder stone bermula ...
Lepas minum pagi pukul 10, cikgu rasa senak kat dada.. mencucuk pun ada.. ulu hati panas.. abdomen rasa tak selesa. Bila teringat cikgu-cikgu yang meninggal di sekolah kerana sakit jantung.. fikiran mula cemas.
Cikgu minta izin daripada pentadbir untuk ke Klinik Feisal di Bandar Rompin untuk check-up (klinik yang paling popular di Rompin dan memiliki kelengkapan perubatan yang baik). Cikgu minta diuji semua penyakit yang mungkin dengan keadaan cikgu yang tidak selesa. Alhamdulillah pemeriksaan doktor mengesahkan cikgu tiada penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Melalui cerita cikgu tentang sakit sejak tahun 2012, doktor minta cikgu untuk di scan. Ujian ultrasound pun dilakukan... dan jawapannya... jeng-jeng-jeng doktor kata dia nampak banyak batu dalam pundi hempedu. Itulah Gallbladder stone..@ Batu Hempedu. Dr. Rusilah mencadangkan cikgu berjumpa pakar di HTAA untuk rawatan lanjut.

Diringkaskan cerita...
Proses rawatan pun bermula dari hari ke minggu ke bulan berulang alik Rompin ke Kuantan.. (4 bulan lamanya).. barulah pakar confirm dan buat appointment pembedahan yang dijadualkan dalam 3 bulan kemudian ( 8 September 2015). Itu adalah tarikh yang paling awal booking. Tetapi selepas seminggu baru cikgu sedar yang tarikh pembedahan adalah tarikh along anak cikgu periksa UPSR. Cikgu cadang nak buat penangguhan... namun bila teringatkan kaedah rawatan yang panjang dan prosedur endosckopic (masuk kamera) masih menjadi trauma. Apa tidaknya... sakit, 2 hari lepas rawatan masih susah nak menelan. Maka cikgu mengambil keputusan untuk buat pembedahan di KPJ Kuantan - cadangan Dr. Rusilah di Klinik Feisal (dalam appointment semula untuk consult).
Ini adalah gambar rajah contoh yang menunjukkan kedudukan gallbladder dan gallstones dalam tubuh seseorang yang menghidapi penyakit Gallbladder stone |
24 OGOS 2015
Pertemuan pertama dengan Dato' Dr Ngun emmm.. doktor yang cool... meyakinkan. atas cadangan DR Rusilah ( Klinik Faisal Kuala Rompin) Dr Ngun scan... (masa tu cikgu 'puasa') dr tanya lagi... awak puasa tak? masa tu dia tak cakap apa2 cuma nampak ada la batu hempedu tu dan cikgu di hantar ke pakar scan.. Dr perempuan, ala tak ingat pulak namanya.
Bila tanya doktor semasa scan, kenapa rasa sakit? rupanya itu geseran batu dengan dinding hempedu - selepas 3 tahun baru tahu.. Dr pakar tu kata batu sudah memenuhi 2/3 pundi hempedu sehingga puasa pun pundi hempedu tidak kembang.. faham-faham je la... kurang berfungsi dah hempedu cikgu.. Nak tahu fungsi Hempedu...Baca di info Bawah
Appoinment pembedahan dibuat... yang penting selepas along periksa UPSR. So tarikh pembedahan pada 21 September 2015. Hari Isnin
Pembedahan Laparoskopik akan di jalankan ke atas perut cikgu: Macam gambar kat bawah ni... Tu bukan gambar cikgu... gambar tu cikgu ambik dari internet.. tapi macam tu la prosedur pembedahannya..
Lebih kurang 2 1/2 jam pembedahan dijalankan dari 9.30 pagi hingga 12.00 tgh, akhinya cikgu dikejutkan oleh suara-suara nurse yang memanggil nama cikgu berulang kali. Mata dan mulut memang tak boleh buka, tapi cikgu boleh angguk kepala respon kat panggilan nurse. Lepas tu, terus tak sedar semula sehingga ke petang dalam pukul 3.30 ptg. Bila cikgu sedar, suami cikgu setia menunggu. Masa tu cikgu cuma boleh buka mata tapi tak boleh bercakap mulut cuba juga nak panggil suami tapi suara tak keluar. Luka di perut memang terasa sakit. Doktor memang suruh cikgu teruskan puasa sehingga malam dan hanya boleh minum sikt sahaja hingga esok. Selepas Suami bantu cikgu solat Jamak Zuhur dan Asar, Suami cikgu terpaksa balik sebab anak2 cikgu yang kecil-kecil masih perlu perhatian. Alhamdulillah katil sebelah dah ada penghuni maka adalah teman cikgu malam tu. Syukur tak terhingga kerana Diana (Kakak Nadia - pesakit sebelah katil) berpengalaman kerana pernah menjalani 7 pembedahan major akibat kemalangan. Dia banyak membantu cikgu untuk bangun ke tandas dan mengambil wudhuk untuk solat. Diana banyak membantu cikgu kurangkan risau tentang sakit dan keadaan yang tidak selesa melalui pengalamannya. Terima Kasih Diana.
Appoinment pembedahan dibuat... yang penting selepas along periksa UPSR. So tarikh pembedahan pada 21 September 2015. Hari Isnin
21 SEPTEMBER 2015
Pengalaman pertama menjalani pembedahan... Sedih ada cemas pun ada... Macamana semasa pembedahan... Macamana keadaan cikgu nanti selepas hempedu dibuang Persoalan yang silih berganti.. Sebelum Hari Pembedahan Cikgu sempat beberapa kali menelefon emak cikgu.. Minta ampun, doanya dan redhanya. Kepada semua kawan-kawan cikgu mohon ampun dan maaf, bayar hutang yang ada. Sudah tentu sebelum masuk dewan bedah... Mohon Ampun dan redha Suami.
Macam ni lah lebih kurang pembedahan yang dibuat ke atas cikgu.. |
Ini gambar jarak dekat, emmm... ngilu pula rasa perut cikgu bila tengok gambar ni... Tapi semasa pembedahan laparoskopik cikgu dibius penuh... ditidurkan... |
Lebih kurang 2 1/2 jam pembedahan dijalankan dari 9.30 pagi hingga 12.00 tgh, akhinya cikgu dikejutkan oleh suara-suara nurse yang memanggil nama cikgu berulang kali. Mata dan mulut memang tak boleh buka, tapi cikgu boleh angguk kepala respon kat panggilan nurse. Lepas tu, terus tak sedar semula sehingga ke petang dalam pukul 3.30 ptg. Bila cikgu sedar, suami cikgu setia menunggu. Masa tu cikgu cuma boleh buka mata tapi tak boleh bercakap mulut cuba juga nak panggil suami tapi suara tak keluar. Luka di perut memang terasa sakit. Doktor memang suruh cikgu teruskan puasa sehingga malam dan hanya boleh minum sikt sahaja hingga esok. Selepas Suami bantu cikgu solat Jamak Zuhur dan Asar, Suami cikgu terpaksa balik sebab anak2 cikgu yang kecil-kecil masih perlu perhatian. Alhamdulillah katil sebelah dah ada penghuni maka adalah teman cikgu malam tu. Syukur tak terhingga kerana Diana (Kakak Nadia - pesakit sebelah katil) berpengalaman kerana pernah menjalani 7 pembedahan major akibat kemalangan. Dia banyak membantu cikgu untuk bangun ke tandas dan mengambil wudhuk untuk solat. Diana banyak membantu cikgu kurangkan risau tentang sakit dan keadaan yang tidak selesa melalui pengalamannya. Terima Kasih Diana.
Cikgu Baru Balik Dari Bilik Bedah- belum sedar lagi |
Inilah 9 biji batu yang di keluarkan bersama hempedu Cikgu... saiznya besar sikit dari lada hitam ada yang sama betul macam lada hitam |
27 SEPTEMBER 2015
Alhamdulillah, sudah 7 hari pembedahan dijalankan. Keadaan cikgu beransur pulih seperti sediakala cuma masih makan bubur nasi. Cikgu ada cuba makan nasi... Perut cikgu jadi tidak selesa... Cikgu juga perlu menghabiskan antibiotik dan doktor ada membekalkan Fybogel (sejenis Fiber) sangat membantu dalam penghadaman. Masa 3 hari pertama cikgu tidak lawas buang air besar.. selepas mengambil fybogel, baru lega. Bila hari 5-7 pula cikgu mula kerap ke tandas selepas makan dan agak senak perut.. fybogel membantu mengurangkan keadaan tidak selesa itu... Alhamdulillah.
MACAMANA KALAU CIKGU TIDAK MENJALANI PEMBEDAHAN BUANG BATU HEMPEDU ??? APA AKAN TERJADI KEPADA CIKGU???
INSYA ALLAH cikgu akan sambung cerita dalam entri selepas ini... Apakah penyakit dan kesan dari Batu Hempedu jika tidak di buang...
Di bawah ni, cikgu bagi sikit maklumat simptom yang mungkin di alami oleh orang yang ada batu hempedu (gallbladder stone) untuk rujukan semua.
(TULISAN YANG BERWARNA MERAH ADALAH YANG CIKGU ALAMI)